Kegagalan pengusaha industri kecil dan sederhana adalah diantaranya disebabkan kegagalan mereka memasarkan produk dan servis mereka. Pelbagai usaha dan skim galakkan telah disediakan oleh pihak berwajib dalam usaha membangunkan sektor industri ini.
Namun bukan semua mampu menerima atau mendapatkan. Kadang-kadang ianya melibatkan kos sampingan atau tersembunyi yang sangat membebankan. Ada yang tersangkut dipertengahan jalan. Ada yang terus gagal, dalam mengusahakan promosi produk dan perkhidmatan mereka.






