Terma Pelanggan

Adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Pihak Pelanggan Jaguh Internet Global Enterprise untuk memahami dan mematuhi segala terma syarat dan penafian yang digariskan di bawah yakni ANTARA JaguhInternet.Com sebagai penyedia perkhidmatan laman web DAN Pelanggan laman web (pemilik & pentadbir mutlak laman web yang dibekalkan oleh JaguhInternet.Com). Pengakuan & Persetujuan ke atas Terma Syarat di bawah akan berlangsung dan terikat sebaik sahaja Pihak Pelanggan bersetuju menerima pihak JaguhInternet.Com sebagai penyedia laman web mereka secara langsung atau tidak langsung.

1.Faham bahawa KOS Domain dan Hosting adalah dicaj secara tahunan.
2.Faham bahawa KOS Pakej Pembangunan Laman Web serta harga domain & Hosting adalah berasingan.
3.Faham bahawa Server Hosting tidak ditadbir dan tidak dikawalselia oleh pihak JaguhInternet.Com. Pihak Server Hosting merupakan pihak ketiga yang mengawal dan menguruskan perihal Domain dan Hosting Pelanggan web JaguhInternet.Com.
4.Faham bahawa sebarang KOS yang berlaku ANTARA Pihak Server Hosting DAN Pelanggan laman web adalah BUKAN berada dalam tanggungjawab JaguhInternet.Com. Pihak Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika ada sebarang KOS yang dikenakan oleh Pihak Server Hosting, contohnya atas sebab keperluan menaiktaraf ruang hosting dan sebagainya.
5.Faham bahawa SEBARANG KOS yang berpunca daripada segala aktiviti, daripada segala pengurusan/pentadbiran dan sebagainya, adalah dibawah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pelanggan (pemilik) laman web itu sendiri yang mana dianggap sebagai pentadbir laman web secara mutlak.
6.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala info paparan kandungan web termasuk rekabentuk laman web, rekabentuk grafik, maklumat teks perkataan, maklumat gambar, maklumat animasi dan sebagainya di dalam laman web yang ditempah Pelanggan. Pelanggan juga bertanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan server yang diambil oleh pihak JaguhInternet.Com.
7.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala susunan, aktiviti, proses, rekabentuk dan strategi pelan pemasaran, segala info produk & pembelian secara online yang dibina & disusun di dalam laman web dan perniagaan mereka.
8.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku tindakan undang-undang Agama, Bangsa dan Negara yang dikenakan ke atas laman web dan perniagaan mereka.
9.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala persediaan laman web dan perniagaan yang dijalankan melalui laman web termasuk segala syarat dan lesen yang dikenakan atau diperlukan oleh pihak Kerajaan Tempatan, Negeri & Persekutuan, segala persiapan bahan laman web termasuk rekabentuk, isi teks, kandungan laman web, proses strategi pelan pemasaran dan segala proses/ aktiviti yang perlu dijalankan atas penyediaan laman web.
10.Faham bahawa JaguhInternet.Com tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana perniagaan yang dilakukan oleh pihak pelanggan dan pihak ketiga (pihak Server Hosting dan lain-lain). Pihak JaguhInternet.Com tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku/kesan atas perniagaan yang dilakukan oleh Pelanggan laman web termasuk perniagaan yang dijalankan melalui laman web atau di luar laman web.
11.Pelanggan dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Pihak JaguhInternet.Com tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan laman web JaguhInternet.Com
12.Faham bahawa JaguhInternet.Com berhak meminda Terma & Syarat dari masa ke semasa supaya perkhidmatan JaguhInternet.Com menjadi lebih baik dan terjamin.